Oleh : Raja Shamri
Selesai solat asar di Masjid Besar Pasir Puteh , sambil berjalan di tepi masjid tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki sedang duduk sambil minum air dalam bekas plastik kolah masjid..
Ingatkan minum air, rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas itu. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah ja. Dia diam sambil tertunduk.. hmmm tak apa lah.

Saya tinggalkan 10 ringgit buat dia beli nasi bawa balik rumah. Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu.
Katanya dia anak sulung daripada 4 adik beradik dari keluarga susah ..
Sempat beri nasihat supaya jadi anak yang baik-baik dan Belajar bersungguh sungguh sehingga jadi orang yang berjaya...
Seperti yang selalu abagraja pesan ... JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK!
Saya Adi
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan. 23 Ogos 2017
Sumber: http://sozcyili.blogspot.my/2017/08/dia-terima-duit-tu-sambil-bergenang-air.html#ixzz4r0uPZneQ