Sunday, August 27, 2017

HAKIKAT KEHIDUPAN RAKYAT TERBAWAH : SEBUAH PERKONGSIAN



Oleh : Raja Shamri 

Selesai solat asar di Masjid Besar Pasir Puteh , sambil berjalan di tepi masjid tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki sedang duduk sambil minum air dalam bekas plastik kolah masjid.. 

Ingatkan minum air, rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas itu. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah ja. Dia diam sambil tertunduk.. hmmm tak apa lah. 

Saya tanya dah makan nasi ke belum..jawapnya tak makan lagi dari pagi masa sesi persekolahan lagi.. ntah dia dapat maggi dari mana pun saya tak tahu .. katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ di sediakan mesin air sejuk dan panas...dia ambil bekas plastik / gayung kolah untuk masak maggi menggunakan mesin air panas yg tersedia.. Masa makan maggi walaupun panas dia tetap hirup meggie kuah itu. Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini..sebelum meninggalkannya, 

Saya tinggalkan 10 ringgit buat dia beli nasi bawa balik rumah. Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu. Katanya dia anak sulung daripada 4 adik beradik dari keluarga susah .. 

Sempat beri nasihat supaya jadi anak yang baik-baik dan Belajar bersungguh sungguh sehingga jadi orang yang berjaya... 

Seperti yang selalu abagraja pesan ... JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK!

Saya Adi
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan. 23 Ogos 2017

Sumber: http://sozcyili.blogspot.my/2017/08/dia-terima-duit-tu-sambil-bergenang-air.html#ixzz4r0uPZneQ

Sunday, March 26, 2017

Aku Hilang Respek Pada Pak Lebai Kerana..

Oleh : Zolkharnain Abidin Al - Abyadhi

LEBAI BUKAN BERJUANG ISLAM 

Tuan Guru Hadi Awang - Gambar Oleh Malaysiakini
1. SBP yang anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yang lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1200 setahun. Aku ada tiga anak yang sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi. 

2. Diberitahu, wang yang biasa kerajaan bagi untuk sekolah sebelum ini, pada tahun ini semuanya ditarik balik. Kertas A4 pun ibu bapa belikan untuk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang. 

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling utk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka untuk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yang dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yang mereka pikul. 

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yang masih tak tahu keutamaan dalam kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan hukuman mahkamah syariah yg rendah tapi masalah pemimpin Umno / BN yang khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi macam mana nak keluarkan rakyat daripada kemiskinan. 

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara pun, tapi kalau pemimpin Umno /BN yang ada kekal menerajui kerajaan, nasib rakyat tak berubah. Umno / BN mesti dikalahkan demi perubahan. Keutamaannya ialah, tumbangkan Umno / BN, bukan tingkatkan jumlah sebatan. 

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yang ditonjolkan. Pendidikan percuma, sekolah bagus, universiti cemerlang, adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya...! 

7. Para nabi berjuang untuk membebaskan rakyat daripada belenggu kesusahan hidup. Pemimpin gila pada hari ini berjuang untuk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan. Inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban...! 

8. Islam tidak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu, ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud hatta dalam surah yang pendek. Lebai tak baca ke? 

9. Tapi bagi kelompok yang kononnya berjuang Islam, ayat hukuman yang satu itulah yang ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah, katanya. Bela orang miskin, bukan hukum Allah? Inilah kebaikan, katanya. Pendidikan percuma bukan kebaikan? Mengapa hukuman yang diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang patut menjadi keutamaan? 

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yang hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yang ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang untuk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang untuk kekalkan kerajaan zalim.

Tuesday, March 21, 2017

Paru-Paru Dipotong : Ini Yang Saya Dapat, 'Berkat' Merokok Bertahun-Tahun Luah Pesakit..

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Aidelhan baru-baru ini telah berkongsi keperitan dan kesakitan yang ditanggung oleh beliau akibat tabiat merokok selama bertahun-tahun. Baca perkongsian beliau di bawah. 

Ingin berkongsi cerita

Saya bukannya mahu meraih simpati dari rakan-rakan di Facebook ya. Tetapi saya ingin berkongsi keperitan dan kesakitan akibat merokok, inilah jadinya. Saya harap dapat membantu rakan-rakan untuk berhenti merokok atau setidak-tidaknya, kurangkan merokok. Apa-apa pun, doakkan semoga kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. 



Baiklah, ramai yang minta saya kongsikan kenapa dan kenapa. Saya mulakan cerita ya. Saya memang tidak ada sakit apa-apa sebelum ini. Sihat macam biasa. Semasa saya tengah duduk relaks pada petang itu, saya mengalami sesak nafas dan kesukaran untuk berdiri atau mahupun tunduk. Jadi saya meminta pertolongan kawan saya untuk menghantar saya pergi ke klinik. Doktor mengatakan saya mengalami ketegangan otot dan urat dan saya diberikan satu suntikan ubat bagi mengurangkan kesakitan saya. Seterusnya.....

Credit to: http://sozcyili.blogspot.my

Friday, March 17, 2017

Perampas.... Setujukah kita

Image result for poligami

Mula2 suami isteri bahagia.. Awal2 kahwin, hidup susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Allah bagi kemurahan rezeki, perlahan2 taraf hidup makin baik, hinggalah menjadi mewah dan senang.

Lepas tu, suami jumpa perempuan lain, tertarik pula. Menyedari lelaki boleh poligami, suami pun nakla kahwin dengan orang baru. Isteri tak puas hati, kecewa. Merasakan dikhianati, merasakan sumbangannya menyokong suami dari susah sampai senang tu tak dihargai. Tak rela bermadu, minta diceraikan. Akhirnya hiduplah dia sebagai janda atau ibu tunggal, mengurus diri sendiri seorang2, mengurus anak seorang2. Dan sangat benci dengan isteri baru ex-suami sebab telah merampas kebahagiaannya.

Masa berlalu, si janda ini pun mula rasa kesunyian, rasa kosong. Walaupun ada anak2 jadi penyeri hidup, tapi tetap dalam hati ada ruang kosong yang anak2 tak boleh isi, hanya cinta dari seorang lelaki sebagai teman hidup boleh mengisinya.

Si janda pun mulalah kenal lelaki2 baru di sekelilingnya, dan lelaki2 pun ada yang datang memikat hatinya.. Tetapi tau2 semua lelaki tu pun sudah beristeri juga. Akhirnya, menyedari diri tak mampu hidup solo selama2 lamanya, dan menyedari dalam urusan hidup ada perkara yang dia perlukan sentuhan lelaki, akhirnya dia membuka hati dan minda, tak kisahlah lelaki single atau sudah beristeri, asalkan lelaki itu boleh jadi suami yang soleh buatnya, bertanggungjawab, dia sedia menerima. Akhirnya, dia kahwin dengan suami orang.

Namun, tau2 isteri pertama si suami baru ni pula tak puas hati, sebab si janda ini telah merampas suaminya, dan dia pun dibenci oleh isteri pertama ni. Label perampas yang asalnya dia beri kepada isteri baru ex-suami, kini kena pada dia pulak.

Isteri pertama suami baru ni pun, minta cerai juga. Dan cerita ini berulang-ulang lagi hingga kiamat.

Wahai para wanita, renungkan kisah di atas. Ajarlah diri anda menerima sesuatu menurut neraca agama, bukan emosi anda.

Jika suami nak kahwin lagi, jangan halang dia, kerana hakikatnya dia akan membela nasib kaum sejenismu juga, yang sama macam kamu juga dambakan belaian kasih lelaki bernama suami. Kamu merasa dirampas sebab itu emosi kamu yang tamak, merasakan suami hak milik mutlak kamu. Lupa bahawa suami adalah milik Allah, yang takdir jodoh dan rezekinya adalah ketentuan Allah.

"Curang?"

Apa itu curang? Suami nak kahwin lagi, ia halal. Ia bukan kejahatan. Kenapa nak kata curang? Dan untuk kahwin lagi, dia kena mencari calon. Untuk cari calon, dia kenalah mendekati perempuan, berkenalan. Dan untuk boleh kahwin, kenalah ada rasa cinta. Sama sahaja prosesnya dengan waktu dia nak kahwin dengan kamu dulu. Kalau perbuatan suami mendekati perempuan lain dengan tujuan nak kahwin, iaitu niat yang halal dan baik, kenapa pula nak kata dia curang?

Curang itu definisi yang emosi tamak kamu sendiri yang buat. Ia tiada didefinisikan dalam agama.

"Curang pada anak?"

Kamu ada anak pertama. Kamu sayang dia sepenuh hati. Tapi, kamu masih nak ada lagi anak kedua dan seterusnya. Adakah itu bermakna kamu telah kurang sayang anak pertama? Bosan dengan anak pertama? Anak pertama dah tak comel? Anak pertama tak cukup membahagiakan? Kenapa masih nak anak kedua dan seterusnya?

Kemampuan? Miskin macam mana pun kamu, tetap nak tambah anak tanpa ragukan kemampuan kamu, kononnya yakin dengan rezeki Allah. Bukan prinsip yang sama juga bila suami nak tambah isteri?

Nak tambah anak, kamu yakin Allah bagi rezeki. Tapi suami nak tambah isteri, kamu persoalkan kemampuannya pula sedangkan rezeki isteri kedua tu pun Allah yang pemberinya. Di mana keyakinan kamu wahai wanita...

#CopyPaste
#jngnkecamsaya

Monday, February 27, 2017

Guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) mengadu elaun dipotong

SALAH seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) tempatan menghubungi admin MiLo SuaM mengadukan hal mendakwa elaun bulanan yang diterimanya telah dipotong bermula sejak 2017.

Dakwanya guru-guru pelatih sepertinya sebelum ini terikat dengan satu kontrak perjanjian di mana mereka diberikan elaun setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM800 selama 5 tahun bergantung kepada kedudukan IPG tempat mereka menuntut.
Namun bermula tahun 2017 elaun bulanan semua pelajar IPG di seluruh Malaysia dakwanya telah dipotong dan elaun mereka diseragamkan kepada hanya RM430 sebulan.
 

Motivasi Diri

Sunday, February 19, 2017

Al Arabiya English - Malaysia Betrayed By Najib







 

I have argued time and again that the greatest threat to the Muslim world is not the West, but rather, corruption and incompetence in administration in the Muslim countries themselves.

To this argument there were a number of crucial pieces of evidence. First of all, there is a clear inverse correlation between corruption and economic development not just in the Middle East, but globally. 


Secondly, Muslim countries are among the most corrupt countries in the world, and this maps well to the problems we know well from the region.

In this sense, the abundance of natural resources has served to mask much of the problem, as per capita wealth in the region comes out as much higher than it would have been for a given level of corruption, and that distorts the perception of societal problems in these countries.


For another, that abundance of wealth can be used to buy off the acquiescence of the population to an otherwise questionable regime, as is the case with the benefits that these states lavish upon their population, or alternatively, can be used to fund extensive repressive police and intelligence apparatuses to keep the population in check, as was the case in Saddam-era Iraq.
 

But there was also plenty of converse evidence, specifically states on the periphery of the Islamic world which did not conform the region’s reputation for corruption. Most notably, we had the examples of Turkey and of Malaysia.

Malaysia is a secure and naturally wealthy country with a track record of success in development and is suffering entirely from self-inflicted wounds.


In both the cases, the countries have inherited and sustained over the span of the 20th century an ethos of modernism and civic-mindedness which emulated that in the successful countries in the West. And they reaped the benefits of social and political stability, and economic development, both having been the most economically developed Islamic countries in international rankings.

But I fear we are about to be witnesses to a very cruel experiment, which I believe will prove my argument. It is yet too early to make a definitive judgement on the direction Turkey is heading,  the omens do not look good.
 

Breakdown of institutional functioning

In the case of Malaysia, we are already seeing the breakdown in institutional functioning and credibility which will likely see the country join the other Middle Eastern countries in the infamous club of corrupt and barely functioning states.
 


Malaysia has been betrayed not so much by its institutional traditions, as by its populist Prime Minister Najib Razak. He has ridden a wave of popular support into power on the back of promises for economic liberalization, and growth and opportunity, but has seemingly wasted no time in milking the state dry for his own personal gain and the gain of his family.
 


An ongoing Wall Street Journal investigation is looking into evidence that as much as $1 billion has been siphoned into the prime minister and his relatives’ bank accounts, most of it from the coffers of the Malaysian sovereign wealth fund 1MDB, allegedly started by Mr Razak soon after he took charge in the country in 2009. And a further $5 billion are unaccounted for.

 

Neither Turkey nor Malaysia can hide behind the usual excuses about Western intervention or historical colonial crimes. Both have come into the post WW2 world as confident, independent nations, and both carved a way in the world for themselves through hard work and diligence, efforts which have yielded a good life to the majority of their citizens.

 

Turkey currently finds itself in a complex political, economic and security crisis from which we cannot draw too many general conclusions. But Malaysia is suffering entirely from self-inflicted wounds. It is a secure and naturally wealthy country with a track record of success in development. But it has let its guard down, and has let corruption infest the highest levels of government.

 

Malaysian civil society must now take firm and immediate action to put the country back on track. If not, I fear that the country will tragically end up as the perfect case study into how the problems of the Islamic world stem primarily from domestic corruption.
 

________________________

Azeem Ibrahim is an RAI Fellow at Mansfield College, University of Oxford and Research Professor at the Strategic Studies Institute, US Army War College. He completed his PhD from the University of Cambridge and served as an International Security Fellow at the Kennedy School of Government at Harvard and a World Fellow at Yale. Over the years he has met and advised numerous world leaders on policy development and was ranked as a Top 100 Global Thinker by the European Social Think Tank in 2010 and a Young Global Leader by the World Economic Forum. He tweets @AzeemIbrahim

Thursday, February 16, 2017

Penjawat Awam Terlampau Ramai Punca Perbelanjaan Kerajaan Meningkat Kata Menteri

Thursday, February 16, 2017


Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menyifatkan jumlah penjawat awam yang sudah membengkak kepada angka 1.6 juta telah menyebabkan perbelanjaan kerajaan meningkat setiap tahun, sekaligus mengakibatkan penurunan hasil negara.


Ini kerana kata beliau, jumlah Penjawat Awam Malaysia adalah tinggi jika dibandingkan dengan populasi negara sekaligus menjadikan Malaysia memiliki nisbah penjawat awam paling besar di dalam dunia dengan kadar satu penjawat awam bagi setiap 19.37 orang (1:19.37).

“Ketika saya mula-mula menyertai kabinet, negara menghadapi pelbagai dilema, harga minyak yang tidak menentu telah menyebabkan hasil kerajaan menurun, ringgit menyusut, kos sara hidup tinggi, dan kontroversi politik, telah membuatkan tugas saya lebih mencabar.

“Satu daripada isu-isu yang kita mesti tangani ialah peningkatan kos operasi dan perbelanjaan kerajaan.

“Contohnya, kita mempunyai kira-kira 1.6 juta penjawat awam, yang mana merupakan nisbah kakitangan awam paling besar di dunia,” katanya.

Menurut beliau, berdasarkan populasi terkini negara memiliki sebanyak 31 juta rakyat, nisbahnya adalah satu kakitangan awam berbanding 19.37 orang rakyat.

Berdasarkan kepada laporan-laporan, nisbah kakitangan kerajaan berbanding populasi negara di negara-negara lain seperti Singapura adalah 1 nisbah 71.4 orang, Indonesia (1 : 110), Korea (1 : 50), China (1 : 108), Jepun (1 : 128), Rusia (1 : 84) dan United Kingdom (1 : 118).

“Dalam tahun 2003, bayaran kepada kakitangan awam berjumlah RM22 bilion, namun ia telah meningkat kepada RM74 bilion pada tahun 2016.

“Pada tahun 2003, bayaran pencen kepada penjawat awam ialah RM5.9 bilion, dan pada tahun 2016 jumlahnya melambung kepada RM19 bilion,” katanya.

Johari menyifatkan dalam tahun-tahun akan datang, jumlah tersebut akan terus meningkatkan, akibatnya pendapatan negara akan terus menyusut.

Tambah beliau lagi, lebih-lebih lagi, hasil-hasil daripada kelapa sawit dan industri gas asli, yang sebelum ini memberikan keuntungan sekitar RM65 bilion pada tahun 2014, telah jatuh merudum kepada RM30 bilion dalam tahun 2016.

Sementara itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun berpendapat perdana menteri harus menangani isu tersebut kerana ia merupakan kepentingan negara.

Ini kerana katanya, dalam jangka masa panjang, negara memerlukan pelabur-pelabur dan komuniti perniagaan untuk mengembangkan ekonomi negara.

“Kita juga memerlukan lebih banyak pelabur asing supaya sektor swasta menjadi majikan utama untuk negara di masa hadapan,” katanya lapor UtaraNews

Tuesday, February 14, 2017

Sanggup Sesatkan Orang Kerana Usul, Janganlah Politikkan Agama Kata MAZA Kepada Pemimpin Parti Islam

Oleh : MAZA

Apakah Yang Mengelirukan?

Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas. Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.

Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi. Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka.

Dunia Islam hari ini  dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad. Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut.

Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati. Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga. Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.

Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump.

Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.

Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.

Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?

Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.

Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.

Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.

Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!

Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.

Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.

Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!

Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.

Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!

Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.

BOLEH MENANGIS PERTUGAS ZAKAT BILA BACA LUAHAN BRO NI...

Permohonan maaf! 

Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik. Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.

Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut. Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye! Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian. Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta!

Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama?

Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.

Nampak tak kesan dia?

Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga. Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat.

Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2; “Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”

Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati.

Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke?

Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian.

Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya.

– Dari Fb Saff Rainz
- Dipetik dari http://naimnikmat.blogspot.my/2017/02/boleh-menangis-pertugas-zakat-bila-baca.html