Sunday, August 27, 2017

HAKIKAT KEHIDUPAN RAKYAT TERBAWAH : SEBUAH PERKONGSIAN



Oleh : Raja Shamri 

Selesai solat asar di Masjid Besar Pasir Puteh , sambil berjalan di tepi masjid tiba-tiba ternampak seorang budak lelaki sedang duduk sambil minum air dalam bekas plastik kolah masjid.. 

Ingatkan minum air, rupanya budak itu sedang makan maggi dalam bekas itu. Saya tanya kenapa tak masak makan di rumah ja. Dia diam sambil tertunduk.. hmmm tak apa lah. 

Saya tanya dah makan nasi ke belum..jawapnya tak makan lagi dari pagi masa sesi persekolahan lagi.. ntah dia dapat maggi dari mana pun saya tak tahu .. katanya dia ke masjid untuk solat dan kerana di situ di sediakan mesin air sejuk dan panas...dia ambil bekas plastik / gayung kolah untuk masak maggi menggunakan mesin air panas yg tersedia.. Masa makan maggi walaupun panas dia tetap hirup meggie kuah itu. Nampak sangat kelaparan sungguh budak ini..sebelum meninggalkannya, 

Saya tinggalkan 10 ringgit buat dia beli nasi bawa balik rumah. Dia terima duit tu sambil bergenang air mata seperti ingin memberitahu sesuatu. Katanya dia anak sulung daripada 4 adik beradik dari keluarga susah .. 

Sempat beri nasihat supaya jadi anak yang baik-baik dan Belajar bersungguh sungguh sehingga jadi orang yang berjaya... 

Seperti yang selalu abagraja pesan ... JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK!

Saya Adi
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan. 23 Ogos 2017

Sumber: http://sozcyili.blogspot.my/2017/08/dia-terima-duit-tu-sambil-bergenang-air.html#ixzz4r0uPZneQ

Sunday, March 26, 2017

Aku Hilang Respek Pada Pak Lebai Kerana..

Oleh : Zolkharnain Abidin Al - Abyadhi

LEBAI BUKAN BERJUANG ISLAM 

Tuan Guru Hadi Awang - Gambar Oleh Malaysiakini
1. SBP yang anak aku belajar kenakan yuran PIBG RM450 setahun. Kata pengetua, kadar itu paling rendah berbanding SBP yang lain. Ada SBP kenakan yuran PIBG RM1200 setahun. Aku ada tiga anak yang sedang belajar di SBP. Itu yuran PIBG, belum bayaran lain lagi. 

2. Diberitahu, wang yang biasa kerajaan bagi untuk sekolah sebelum ini, pada tahun ini semuanya ditarik balik. Kertas A4 pun ibu bapa belikan untuk sekolah. Meja guru pun ibu bapa tolong balutkan atas nama Sarana Ibu Bapa. Banyak aktiviti pelajar batal kerana sekolah tiada wang. 

3. Aku bukan tentang usaha baik itu dan aku tidak salahkan guru. Aku tahu guru telah bekerja sampai ke siling utk penuhkan harapan ibu bapa. Guru keluarkan duit poket mereka untuk pelbagai aktiviti pelajar. Guru telah buat semuanya demi anak muridnya yang dia ambil menjadi anaknya sendiri di sekolah. Pendek kata, guru dah buat semuanya demi amanah yang mereka pikul. 

4. Aku cuma nak sedarkan orang politik yang masih tak tahu keutamaan dalam kerja politik mereka. Masalah negara sekarang bukan hukuman mahkamah syariah yg rendah tapi masalah pemimpin Umno / BN yang khianat. Bukan macam mana nak sebat penzina, tapi macam mana nak keluarkan rakyat daripada kemiskinan. 

5. Jika hukuman mahkamah syariah dinaikkan sampai 100 tahun penjara pun, tapi kalau pemimpin Umno /BN yang ada kekal menerajui kerajaan, nasib rakyat tak berubah. Umno / BN mesti dikalahkan demi perubahan. Keutamaannya ialah, tumbangkan Umno / BN, bukan tingkatkan jumlah sebatan. 

6. Sempit dan hodohnya Islam jika hanya hukuman berat saja yang ditonjolkan. Pendidikan percuma, sekolah bagus, universiti cemerlang, adalah tuntutan Islam. Inilah keutamaannya. Dalam keadaan rakyat tercekik begini pun, pemimpin masih bercakap soal nak tingkatkan hukuman ke atas rakyat. Ini gila namanya...! 

7. Para nabi berjuang untuk membebaskan rakyat daripada belenggu kesusahan hidup. Pemimpin gila pada hari ini berjuang untuk heret rakyat supaya disebat. Biarlah rakyat miskin, susah, bodoh, merempat asalkan mereka boleh disebat dan dipotong tangan. Inikah perjuangan Islam, inikah usaha tegakkan hukum Tuhan? Ini bukan perjuangan, tapi gila tahap gaban...! 

8. Islam tidak pernah merelakan kesusahan dan mahu semua manusia bahagia dan senang. Islam tidak suka menghukum, menyebat atau memotong tangan. Sebab itu, ayat hukum potong tangan dan sebat orang hanya satu saja. Tapi ayat suruh bela orang tertindas sangat banyak. Ayat sebegitu wujud hatta dalam surah yang pendek. Lebai tak baca ke? 

9. Tapi bagi kelompok yang kononnya berjuang Islam, ayat hukuman yang satu itulah yang ditonjol dan dilaung. Ini hukum Allah, katanya. Bela orang miskin, bukan hukum Allah? Inilah kebaikan, katanya. Pendidikan percuma bukan kebaikan? Mengapa hukuman yang diutamakan sedangkan banyak lagi perkara lain yang patut menjadi keutamaan? 

10. Kepada lebai, walaunta, walaunti, tak payahlah nak berlagak pejuang Islam dgn ketayap dan serban yang hampa pakai, tak payahlah mengaku ulama, kalau keutamaan dlm realiti yang ada ini pun hampa tersalah pilih. Hampa bukan berjuang untuk daulatkan Islam, tapi hampa berjuang untuk kekalkan kerajaan zalim.

Tuesday, March 21, 2017

Paru-Paru Dipotong : Ini Yang Saya Dapat, 'Berkat' Merokok Bertahun-Tahun Luah Pesakit..

Seorang pengguna Facebook, Muhammad Aidelhan baru-baru ini telah berkongsi keperitan dan kesakitan yang ditanggung oleh beliau akibat tabiat merokok selama bertahun-tahun. Baca perkongsian beliau di bawah. 

Ingin berkongsi cerita

Saya bukannya mahu meraih simpati dari rakan-rakan di Facebook ya. Tetapi saya ingin berkongsi keperitan dan kesakitan akibat merokok, inilah jadinya. Saya harap dapat membantu rakan-rakan untuk berhenti merokok atau setidak-tidaknya, kurangkan merokok. Apa-apa pun, doakkan semoga kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala. 



Baiklah, ramai yang minta saya kongsikan kenapa dan kenapa. Saya mulakan cerita ya. Saya memang tidak ada sakit apa-apa sebelum ini. Sihat macam biasa. Semasa saya tengah duduk relaks pada petang itu, saya mengalami sesak nafas dan kesukaran untuk berdiri atau mahupun tunduk. Jadi saya meminta pertolongan kawan saya untuk menghantar saya pergi ke klinik. Doktor mengatakan saya mengalami ketegangan otot dan urat dan saya diberikan satu suntikan ubat bagi mengurangkan kesakitan saya. Seterusnya.....

Credit to: http://sozcyili.blogspot.my

Friday, March 17, 2017

Perampas.... Setujukah kita

Image result for poligami

Mula2 suami isteri bahagia.. Awal2 kahwin, hidup susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Allah bagi kemurahan rezeki, perlahan2 taraf hidup makin baik, hinggalah menjadi mewah dan senang.

Lepas tu, suami jumpa perempuan lain, tertarik pula. Menyedari lelaki boleh poligami, suami pun nakla kahwin dengan orang baru. Isteri tak puas hati, kecewa. Merasakan dikhianati, merasakan sumbangannya menyokong suami dari susah sampai senang tu tak dihargai. Tak rela bermadu, minta diceraikan. Akhirnya hiduplah dia sebagai janda atau ibu tunggal, mengurus diri sendiri seorang2, mengurus anak seorang2. Dan sangat benci dengan isteri baru ex-suami sebab telah merampas kebahagiaannya.

Masa berlalu, si janda ini pun mula rasa kesunyian, rasa kosong. Walaupun ada anak2 jadi penyeri hidup, tapi tetap dalam hati ada ruang kosong yang anak2 tak boleh isi, hanya cinta dari seorang lelaki sebagai teman hidup boleh mengisinya.

Si janda pun mulalah kenal lelaki2 baru di sekelilingnya, dan lelaki2 pun ada yang datang memikat hatinya.. Tetapi tau2 semua lelaki tu pun sudah beristeri juga. Akhirnya, menyedari diri tak mampu hidup solo selama2 lamanya, dan menyedari dalam urusan hidup ada perkara yang dia perlukan sentuhan lelaki, akhirnya dia membuka hati dan minda, tak kisahlah lelaki single atau sudah beristeri, asalkan lelaki itu boleh jadi suami yang soleh buatnya, bertanggungjawab, dia sedia menerima. Akhirnya, dia kahwin dengan suami orang.

Namun, tau2 isteri pertama si suami baru ni pula tak puas hati, sebab si janda ini telah merampas suaminya, dan dia pun dibenci oleh isteri pertama ni. Label perampas yang asalnya dia beri kepada isteri baru ex-suami, kini kena pada dia pulak.

Isteri pertama suami baru ni pun, minta cerai juga. Dan cerita ini berulang-ulang lagi hingga kiamat.

Wahai para wanita, renungkan kisah di atas. Ajarlah diri anda menerima sesuatu menurut neraca agama, bukan emosi anda.

Jika suami nak kahwin lagi, jangan halang dia, kerana hakikatnya dia akan membela nasib kaum sejenismu juga, yang sama macam kamu juga dambakan belaian kasih lelaki bernama suami. Kamu merasa dirampas sebab itu emosi kamu yang tamak, merasakan suami hak milik mutlak kamu. Lupa bahawa suami adalah milik Allah, yang takdir jodoh dan rezekinya adalah ketentuan Allah.

"Curang?"

Apa itu curang? Suami nak kahwin lagi, ia halal. Ia bukan kejahatan. Kenapa nak kata curang? Dan untuk kahwin lagi, dia kena mencari calon. Untuk cari calon, dia kenalah mendekati perempuan, berkenalan. Dan untuk boleh kahwin, kenalah ada rasa cinta. Sama sahaja prosesnya dengan waktu dia nak kahwin dengan kamu dulu. Kalau perbuatan suami mendekati perempuan lain dengan tujuan nak kahwin, iaitu niat yang halal dan baik, kenapa pula nak kata dia curang?

Curang itu definisi yang emosi tamak kamu sendiri yang buat. Ia tiada didefinisikan dalam agama.

"Curang pada anak?"

Kamu ada anak pertama. Kamu sayang dia sepenuh hati. Tapi, kamu masih nak ada lagi anak kedua dan seterusnya. Adakah itu bermakna kamu telah kurang sayang anak pertama? Bosan dengan anak pertama? Anak pertama dah tak comel? Anak pertama tak cukup membahagiakan? Kenapa masih nak anak kedua dan seterusnya?

Kemampuan? Miskin macam mana pun kamu, tetap nak tambah anak tanpa ragukan kemampuan kamu, kononnya yakin dengan rezeki Allah. Bukan prinsip yang sama juga bila suami nak tambah isteri?

Nak tambah anak, kamu yakin Allah bagi rezeki. Tapi suami nak tambah isteri, kamu persoalkan kemampuannya pula sedangkan rezeki isteri kedua tu pun Allah yang pemberinya. Di mana keyakinan kamu wahai wanita...

#CopyPaste
#jngnkecamsaya

Monday, February 27, 2017

Guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) mengadu elaun dipotong

SALAH seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) tempatan menghubungi admin MiLo SuaM mengadukan hal mendakwa elaun bulanan yang diterimanya telah dipotong bermula sejak 2017.

Dakwanya guru-guru pelatih sepertinya sebelum ini terikat dengan satu kontrak perjanjian di mana mereka diberikan elaun setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM800 selama 5 tahun bergantung kepada kedudukan IPG tempat mereka menuntut.
Namun bermula tahun 2017 elaun bulanan semua pelajar IPG di seluruh Malaysia dakwanya telah dipotong dan elaun mereka diseragamkan kepada hanya RM430 sebulan.